- JBS Sarawak
- Hits: 29
BAHAGIAN BETONG HANTAR WAKIL KE PROGRAM LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) 2026 PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 29
Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak
BETONG, 20 Julai 2026 – Program Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Negeri Sarawak telah berjaya dilaksanakan dengan mempertandingkan tiga acara sukan iaitu bola tampar (lelaki), futsal (lelaki) dan bola jaring (wanita).
Pertandingan bola tampar telah berlangsung pada 17 Julai 2026 di Stadium Tertutup Datuk Kawada Kuching, manakala pertandingan bola jaring dan futsal telah diadakan pada 18 Julai 2026 di Arena Sukan Simpang 3 Kuching.
Bahagian Betong telah menghantar wakil bagi ketiga-tiga acara yang dipertandingkan. Bagi acara futsal, Bahagian Betong diwakili oleh pasukan Haqi Bangsawan dan Tuah Legacy. Dalam acara bola jaring diwakili oleh pasukan Queen Bees dan Mixter, manakala bagi acara bola tampar diwakili oleh pasukan Infinity dan Seroja. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya muncul sebagai pemenang dalam Program Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Negeri Sarawak. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah mewakili Bahagian Betong atas komitmen, disiplin, semangat juang dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung.
Diharapkan pengalaman yang diperoleh menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada pertandingan akan datang.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#jbssarawak
#pbsbetong
