- JBS Sarawak
- Hits: 12
KUNJUNGAN HORMAT IPD KUCHING PERKUKUH KOLABORASI BERSAMA JBSN SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 12
Disediakan oleh: RJH JBSN Sarawak
KUCHING, 15 JULAI 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak hari ini menerima kunjungan daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching bagi mengadakan sesi perbincangan bersama pihak jabatan.
Delegasi seramai tiga orang diketuai oleh Ketua Cawangan Kepolisan Am/Kepolisan Komuniti BPJKKD Kuching, Inspektor Aidil Ameen bin Alias, bersama Sarjan Mejar Asmahwati binti Amat dan Sarjan Donald bin Kadul.
Sesi perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada ketetapan dan perancangan kolaborasi strategik antara PDRM, khususnya IPD Kuching, dengan JBSN Sarawak dalam pelaksanaan program yang melibatkan golongan belia serta komuniti setempat.
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan, menyelaras peranan dan mengenal pasti bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersepadu. Diharapkan hubungan strategik ini dapat diperkukuh demi meningkatkan kesedaran keselamatan, pencegahan jenayah dan kesejahteraan masyarakat, khususnya dalam kalangan belia di sekitar Kuching melalui pendekatan mesra komuniti pada masa hadapan.
