- JBS Sarawak
- Hits: 23
LAWATAN TAPAK PROJEK MENAIK TARAF KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK (Lawatan Tapak).
- JBS Sarawak
- Hits: 23
Disediakan oleh: WAWI, JBSN Sarawak
KUCHING, 15 Julai 2026 – Satu lawatan tapak bagi Projek Menaik Taraf Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Sarawak telah diadakan pada hari ini bermula jam 9.00 pagi di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau keadaan mendapan yang berlaku di kawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta membincangkan tindakan susulan yang perlu diambil bagi memastikan keselamatan, kestabilan dan kelancaran pelaksanaan projek menaik taraf kompleks berkenaan.
Hadir mewakili Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Negeri Sarawak ialah Puan Hafizah dan Encik Mohamad Hamzah. Turut hadir mewakili Jabatan Kerja Raya (JKR) ialah Puan Rashidah dan Encik Amirrudin.
Sepanjang lawatan, pihak yang terlibat telah membuat pemeriksaan di lokasi mendapan, menilai keadaan semasa tapak serta bertukar pandangan mengenai cadangan penyelesaian teknikal yang bersesuaian. Lawatan ini juga menjadi platform bagi memperkukuhkan kerjasama antara KOMBES dan JKR dalam memastikan projek menaik taraf dapat dilaksanakan dengan lancar mengikut spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan.
Adalah diharapkan hasil daripada lawatan tapak ini akan membantu mempercepatkan tindakan susulan dan memastikan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak terus menyediakan kemudahan yang selamat, kondusif dan berkualiti kepada seluruh warga belia, atlet serta masyarakat.
