SEPANYOL MARA KE FINAL PIALA DUNIA FIFA 2026

SEPANYOL MARA KE FINAL PIALA DUNIA FIFA 2026


Disediakan oleh: RJH JBSN Sarawak
KUCHING, 15 Julai 2026 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menganjurkan Tayangan Skrin Besar Perlawanan Separuh Akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Perancis dan Sepanyol di Queens Bee, Batu 3, Kuching.
Program yang berlangsung pada awal pagi itu menghimpunkan peminat bola sepak untuk menyaksikan aksi penuh debaran dalam suasana meriah. Sepanyol berjaya menewaskan Perancis 2-0 menerusi jaringan Mikel Oyarzabal pada minit ke-22 melalui sepakan penalti dan Pedro Porro pada minit ke-58.
Turut hadir ialah Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak; Encik Abitt Nunong, Penolong Pengarah Pengurusan dan Pentadbiran; serta Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan.
Orang ramai turut dijemput menghadiri Tayangan Skrin Besar Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026 pada 20 Julai 2026, jam 3.00 pagi, bertempat di Queens Bee, Batu 3, Kuching. Program ini bertujuan memeriahkan sambutan Piala Dunia serta mengeratkan hubungan komuniti melalui sukan.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search