- JBS Sarawak
- Hits: 61
JBSN SARAWAK PERKUKUH PERSIAPAN SUKARELAWAN SEA GAMES 2027
- JBS Sarawak
- Hits: 61
Disediakan oleh: RJH, JBSN Sarawak
KUCHING, 13 Julai 2026 – Mesyuarat Pengurusan dan Pengoperasian Jawatankuasa Sukarelawan SEA Games 2027 Bilangan 1 Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Santubong, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Tuan Lamat Anak Nyalau, serta dihadiri seramai 22 pegawai dan kakitangan JBSN Sarawak.
Mesyuarat tersebut membincangkan aspek pengurusan, penyelarasan tugas dan pengoperasian jawatankuasa sukarelawan sebagai persediaan awal bagi menghadapi penganjuran SEA Games 2027.
Turut diberi perhatian ialah pembahagian peranan, skop tanggungjawab, keperluan latihan serta penyediaan tenaga sukarelawan yang cekap, berdisiplin dan berkemahiran.
Mesyuarat turut menekankan kepentingan kerjasama berpasukan dan komunikasi berkesan antara semua jawatankuasa terlibat.
Melalui mesyuarat ini, JBSN Sarawak komited memastikan pengurusan sukarelawan dapat dilaksanakan secara tersusun, sistematik dan berkesan demi menyokong kelancaran penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.
