- JBS Sarawak
- Hits: 31
LIGA SUKAN WARGA EMAS SARAWAK 2026 MERIAH DI ASAJAYA
- JBS Sarawak
- Hits: 31
Disediakan oleh: RJH JBSN Sarawak
Asajaya, 11 Julai 2026– Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Sarawak 2026 bagi acara petanque telah berlangsung dengan jayanya di Arena Petanque Datuk Ir. Aidel Lariwoo, Asajaya.
Kejohanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Sukan Boules Negeri Sarawak itu menghimpunkan seramai 44 peserta berusia 60 tahun dan ke atas, terdiri daripada 36 peserta lelaki dan lapan peserta wanita.
Program ini bertujuan menggalakkan warga emas kekal aktif, sihat dan berdaya saing melalui penyertaan dalam aktiviti sukan yang sesuai, di samping memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan peserta dari seluruh negeri.
Kejohanan ini turut menjadi platform mencungkil bakat serta memilih wakil terbaik Sarawak. Seramai empat pemenang kategori lelaki dan empat pemenang kategori wanita akan dipilih untuk mewakili Negeri Sarawak ke pertandingan peringkat kebangsaan.
Turut hadir ialah Yang Berbahagia Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak; Yang Berbahagia Datuk Wan Abdillah Edruce bin Wan Abdul Rahman, Presiden Persatuan Sukan Boules Negeri Sarawak; serta Yang Berusaha Puan Fatimah binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Penganjuran ini membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk terus bersukan, berprestasi dan mengamalkan gaya hidup aktif.
