- JBS Sarawak
- Hits: 12
Kunjungan Mesra Kelab Xiang Qi Lanang ke PBSB Sibu: Mantapkan Pelaporan DSK
- JBS Sarawak
- Hits: 12
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 7 JULAI 2026, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) telah menerima kunjungan rasmi daripada Encik Joseph Ting, Pengerusi Kelab Xiang Qi Lanang.
Kunjungan yang berlangsung di PBSB Sibu ini bertujuan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta panduan terperinci mengenai proses penyediaan pelaporan Dana Sukan Komuniti (DSK) bagi kelab berkenaan.
Bagi memastikan segala dokumentasi dan pelaporan memenuhi kriteria yang ditetapkan, sesi semakan laporan telah dikendalikan secara langsung oleh Encik Terence Tan, Pegawai Unit Pembangunan Sukan PBSB Sibu.
Usaha bimbingan seperti ini membuktikan komitmen berterusan pihak pejabat dalam menyokong tadbir urus persatuan sukan tempatan agar sentiasa sistematik dan telus. Melalui inisiatif ini, komuniti sukan di Sibu diharapkan dapat memanfaatkan peruntukan yang diberikan demi memperkasakan lagi aktiviti sukan di peringkat akar umbi.
#JBSNKomited #JBSNBersama #TeamJBSN #JBSNSarawak #TeamKBS #DSK #PBSBSibu
