- JBS Sarawak
- Hits: 68
Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2026 Semarakkan Semangat Belia di Mukah
- JBS Sarawak
- Hits: 68
Disediakan oleh: RJH, JBSN SARAWAK
MUKAH, 27 Jun 2026 – Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak 2026 membuka tirainya dengan penuh meriah di UiTM Cawangan Sarawak Kampus Mukah, menghimpunkan belia dari pelbagai bahagian bagi menyertai aktiviti berteraskan gaya hidup sihat, kepimpinan, inovasi dan kesukarelawanan.
Sepanjang hari pertama penganjuran, peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik merangkumi Program Youth Entrepreneurship & Innovation Programme (YEIP), Klinik Asas Bola Jaring, Klinik Pickleball, Cabaran Pidato 1 Minit, Bengkel Pengacaraan Majlis, PUBG Mini Tournament, Mari Mencuba Drone, RC Crawler, pertandingan karaoke, Youth Bazaar, Content Creator Challenge serta pelbagai aktiviti di bawah segmen Rakan Aktif, Rakan Digital, Rakan Mahir, Rakan Ekspresi dan Rakan Prihatin.
Penganjuran fiesta ini bertujuan memperkasakan belia melalui penglibatan aktif dalam aktiviti pembangunan sahsiah, kemahiran, keusahawanan, teknologi, kesihatan dan kreativiti selaras dengan aspirasi Rakan Muda sebagai platform pembangunan belia negara.
Fiesta ini turut menjadi medium memperkukuhkan kerjasama strategik antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, pertubuhan belia dan rakan komuniti. Diharapkan penganjuran program seperti ini akan terus melahirkan generasi belia yang berdaya saing, berinovasi, berkemahiran serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negeri Sarawak.
