- JBS Sarawak
- Hits: 18
MESYUARAT PENGURUSAN KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan oleh : WAWI, JBSN Sarawak
KUCHING, 8 Julai 2026 – Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Kompleks yang dipengerusikan oleh Encik Eshady bin Ahmad, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
Dalam perutusan pengerusi, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Puan Sharifah Zainab binti Wan Yahya atas pencapaian yang membanggakan. Beliau turut menyampaikan penghargaan daripada Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak kepada seluruh warga kerja Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak atas komitmen, dedikasi dan kerjasama yang telah diberikan dalam memastikan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan sentiasa berada pada tahap terbaik.
Mesyuarat turut membincangkan pelbagai perkara berkaitan pentadbiran dan pengurusan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, termasuk usaha memperkukuh sistem pengurusan, meningkatkan kecekapan operasi serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan masyarakat.
Diharapkan segala keputusan dan tindakan yang dipersetujui dalam mesyuarat ini dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memastikan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak terus cemerlang sebagai pusat pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
