- JBS Sarawak
- Hits: 31
PERBINCANGAN PROGRAM KURSUS LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) KOMUNITI PERIBUMI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 31
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 9 Julai 2026: Satu sesi perbincangan penyelarasan Program KLAS Peribumi telah diadakan di SMK Pakan bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Perbincangan melibatkan kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, Kelab Bola Sepak Pakan serta pihak pengurusan SMK Pakan.
Program KLAS Peribumi akan dilaksanakan selama empat minggu bermula 12 September hingga 3 Oktober 2026 dengan penyertaan seramai 100 peserta. Aktiviti yang akan dijalankan melibatkan dua jenis sukan iaitu futsal (lelaki) dan bola baling (wanita). Program ini bertujuan mencungkil bakat, meningkatkan kemahiran sukan serta menggalakkan penyertaan aktif belia peribumi dalam aktiviti sukan yang sihat dan berdaya saing.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
