- JBS Sarawak
- Hits: 18
MESYUARAT PENYELARASAN KEM SKIM LENCANA PMPR DAERAH SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 18
Disediakan Oleh : M Johari, JBSN Sarawak
SARIKEI, 8 Julai 2026 : Mesyuarat Kem Skim Lencana Pengakap Muda dan Pengakap Kanak-Kanak Daerah Sarikei 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat 3, IAC Sarikei bagi menyelaras pelaksanaan aktiviti serta gerak kerja petugas menjelang penganjuran kem tersebut.Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Zalani Hj. Sidi, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Sarikei. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa kejayaan penganjuran kem bergantung kepada kerjasama erat, komitmen tinggi dan penyelarasan berkesan antara semua jawatankuasa yang terlibat.
Taklimat pelaksanaan kem telah disampaikan oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei merangkap Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah (Latihan). Taklimat tersebut meliputi penyelarasan jadual program, pembahagian tugas petugas, aspek keselamatan peserta, pengurusan logistik serta persediaan latihan bagi memastikan perjalanan kem berjalan lancar.
Mesyuarat telah dihadiri Penolong- Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah serta Pemimpin Pengakap dari Kumpulan Pengakap yang berdaftar di Daerah Sarikei.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei terus komited menyokong pembangunan belia melalui kerjasama strategik bersama Persekutuan Pengakap Malaysia, sekali gus memperkukuh pelaksanaan program yang mampu melahirkan ahli Pengakap yang berdisiplin, berkemahiran dan berdaya saing.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
