- JBS Sarawak
- Hits: 31
SESI PERBINCANGAN PROGRAM MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) BERSAMA KELAB BELIA PEKAN KAPIT
- JBS Sarawak
- Hits: 31
Disediakan Oleh : LM,PBSBKAPIT
KAPIT, 7 Julai 2026 – Satu sesi perbincangan bagi persiapan penganjuran Program Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) telah diadakan antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit bersama Kelab Belia Pekan Kapit di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit.
Sesi perbincangan tersebut dihadiri oleh Pengerusi Kelab Belia Pekan Kapit, Diego Priestly Anak Pasang, Bendahari, Bayron Luat Anak Johannes, dan Setiausaha, Asfharina Sharmila Anak David Ajut. Perbincangan memfokuskan kepada penyelarasan pelaksanaan program, pembahagian peranan jawatankuasa, pengisian program serta persediaan logistik bagi memastikan Program Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Program Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dijadualkan berlangsung pada 23 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Residan Kapit. Program ini diharapkan menjadi platform yang berkesan untuk menghimpunkan pandangan serta aspirasi golongan belia di Bahagian Kapit, di samping memperkukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan dan pertubuhan belia dalam pembangunan belia setempat.
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#TeamJBSN
#pbsbkapit
