- JBS Sarawak
- Hits: 44
Kunjung Hormat Ke Pejabat Residen Bahagian Kuching
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Kunjung Hormat Ke Pejabat Residen Bahagian Kuching
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 7 Julai 2026 – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh wakil PBSB Kuching ke Pejabat Residen hari ini sebagai usaha memperkukuh hubungan strategik serta meningkatkan kerjasama antara kedua-dua pihak. Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan peluang kerjasama dalam melaksanakan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Kuching, di samping bertukar pandangan mengenai inisiatif yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.
Pejabat Residen Kuching diwakili oleh Encik Zaidi Haji Sarkawi, Pegawai Daerah Kuching, Puan Siti Rohaya Wahet dan Puan Dollyna Entri masing-masing Pegawai Tadbir dari Seksyen Transformasi Sosial, Pejabat Residen Bahagian Kuching. Pihak PBSB Kuching merakamkan penghargaan atas kesudian Pejabat Residen menerima kunjungan tersebut dan berharap hubungan baik yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi menjayakan pelbagai agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat di Bahagian Kuching.
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanDemokrasi
