- JBS Sarawak
- Hits: 344
MINI KARNIVAL BOLA SEPAK AKAR UMBI BAWAH 12 TAHUN PIALA REMAJA BFC 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 344
Sarikei, 5 Julai 2026 – Mini Karnival Bola Sepak Akar Umbi Bawah 12 Tahun Piala Remaja BFC 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Sukan Bintagor, menghimpunkan 10 pasukan bola sepak bawah 12 tahun dari sekitar seluruh Bahagian Negeri Sarawak. Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Abdullah Bin Haji Saidol, Timbalan Menteri Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS). Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sarikei juga telah menyerahkan watikah pelantikan kepada Bintagor Football Club sebagai mentor bagi pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Bahagian Sarikei. SJN Football Academy Kuching muncul juara setelah menewaskan Axis Football Academy Kuching dengan score 1.0. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemenang dan para peserta yang telah mempamerkan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan. Program ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat baharu, malah turut menerapkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, integriti, hormat-menghormati serta semangat berpasukan dalam kalangan pemain muda. Penganjuran karnival ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa, jurulatih, pengurus pasukan serta komuniti setempat yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran dan kejayaan program. Penglibatan semua pihak mencerminkan komitmen bersama dalam usaha membangunkan sukan bola sepak di peringkat akar umbi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Bintagor Football Club diatas penganjurang yang cemerlang.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamPBS6D
