- JBS Sarawak
- Hits: 44
Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang 2026 Fasa 1 Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 44
Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 7 Julai 2026 – Seramai 20 orang peserta kategori B40 berumur antara 6 hingga 12 tahun telah menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang 2026 Fasa 1 Miri yang bermula pada Jun 2026 di Southlake Swimming Pool, Miri. Program ini dijalankan secara berperingkat melalui beberapa sesi latihan bagi membolehkan peserta menguasai kemahiran asas renang.
KLAS Renang merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang dilaksanakan secara percuma bagi meningkatkan pengetahuan peserta mengenai teknik renang yang betul dan selamat, sekali gus membantu mengurangkan risiko kematian akibat lemas. Program ini juga menggalakkan pembudayaan sukan renang sebagai aktiviti yang sihat dan mampu meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
