- JBS Sarawak
- Hits: 36
Mesyuarat Pengurusan Bil.3/2026 Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 7 JULAI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Miri telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 3/2026 yang dipengerusikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua kakitangan PBSB Miri.
Mesyuarat diadakan bagi membentangkan laporan pelaksanaan aktiviti dan pencapaian setiap unit bagi tempoh April hingga Jun 2026. Di samping itu, pelbagai perkara berkaitan pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset serta perancangan program bagi suku tahun berikutnya turut dibincangkan.
Selain itu, mesyuarat turut memberi penekanan terhadap usaha memperkukuh pengurusan dalaman pejabat melalui penyelarasan tugasan, peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memastikan setiap program dan aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan berkesan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
