- JBS Sarawak
- Hits: 53
Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Wushu Taolu dan Wushu Sanda Serta Pesta Seni Tarian Naga dan Tarian Singa Terbuka 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 53
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 6 JULAI 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan Wushu Taolu dan Wushu Sanda Serta Pesta Seni Tarian Naga dan Tarian Singa Terbuka 2026 telah diadakan pada 3 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Mukah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Peleadzman Ahip, Pegawai Daerah Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah dihadiri Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Antara agenda mesyuarat ialah Perutusan Pengerusi, Taklimat oleh Pengerusi Persatuan Wushu Bahagian Mukah, Penyelarasan Majlis Perasmian Kejohanan dan Hal-hal lain. Encik Ho Ing Siong selaku pengerusi persatuan telah menyampaikan taklimat program yang akan dilaksanakan pada 11-12 Julai 2026 di Dewan Suarah Mukah. Beliau turut memaklumkan kepada ahli mesyuarat Kementerian Belia dan Sukan turut menyokong program dengan pemberian dana sebanyak RM20,000.00 melalui Geran Padanan Sukan (GPS).
