PBSB Mukah Adakan Latihan Kebakaran Bersama Balai Bomba dan Penyelamat Mukah

PBSB Mukah Adakan Latihan Kebakaran Bersama Balai Bomba dan Penyelamat Mukah

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak MUKAH, 6 JULAI 2026 – Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mukah telah melaksanakan latihan kebakaran pada 3 Julai 2026 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Latihan kebakaran yang dilaksanakan bertujuan untuk memastikan para pegawai yang bertugas di bangunan pejabat sentiasa bersedia dan mengetahui langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran di premis yang diduduki. Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Mukah mengucapkan ribuan terima kasih serta penghargaan atas kerjasama kesemua pegawai daripada pejabat kerana telah memberi perhatian dalam aspek keselamatan kebakaran. Selain itu, anggota bomba yang hadir turut menerangkan kaedah penggunaan alat pemadam api yang betul serta langkah-langkah keselamatan yang sentiasa diambil berat oleh para pegawai semasa berada di premis.
Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search