- JBS Sarawak
- Hits: 36
Pemantauan Dana Sukan Komuniti Jendela 2: Kejohanan Badminton (Liga) Berpasukan Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 36
Disediakan oleh: TT, PBSB Sibu
SIBU, 4 JULAI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah melaksanakan sesi pemantauan program bagi Kejohanan Badminton (Liga) Berpasukan Sibu di bawah inisiatif Dana Sukan Komuniti Jendela 2.
Kejohanan yang bermula dari 3 hingga 5 Julai 2026 ini dianjurkan dengan jayanya oleh Maeltree Badminton Club bertempat di gelanggang berprestij, Azman Hashim Community Sports Centre, Sibu Jaya.
Rombongan pemantauan ini telah diketuai sendiri oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu bersama rakan-rakan sepejabat. Kehadiran pihak pejabat telah disambut dengan penuh mesra oleh Haji Adli Bin Ali Akebar, Presiden Maeltree Badminton Club.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak kelab atas penganjuran yang sangat komited dalam merancakkan lagi budaya sukan komuniti di bahagian Sibu!
Semoga program seperti ini terus melahirkan bakat-bakat baharu serta memperkukuh semangat perpaduan melalui sukan.
#JBSNKomited #JBSNBersama #PBSBSibu #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #TeamKBS #DSK
