- JBS Sarawak
- Hits: 21
PBSB Sibu Terus Perkukuhkan Hubungan Antara Agensi Bersama Jpj Sibu Dalam Agenda Pembangunan Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh : MNI, PBSB Sibu
SELANGAU, 4 JULAI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sibu terus komited menyokong inisiatif pembangunan belia menerusi penyertaan dalam Program MyLesen B2 anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia yang bertujuan meningkatkan pemilikan lesen memandu yang sah dalam kalangan belia dan komuniti setempat.
PBSB Sibu telah dijemput ke Program MyLesen B2 Parlimen Selangau dan DUN Tamin untuk bersama-sama menyemarakkan dan tanda sokongan kerjasama antara agensi dan program tersebut telah disempurnakan oleh YB Ir. Christopher Gira Sambang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.59 Tamin. Turut hadir ialah Tuan Mohd Faizal David, Timbalan Pengarah JPJ Sarawak.
Delegasi PBSB Sibu diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, tanda sokongan terhadap pelaksanaan program yang memberi impak positif kepada pembangunan modal insan serta kesejahteraan masyarakat.
Program MyLesen B2 merupakan antara inisiatif kerajaan bagi membantu golongan belia, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah, memperoleh lesen memandu motosikal Kelas B2 secara sah. Inisiatif ini dijangka meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya, memupuk budaya pematuhan undang-undang serta mengurangkan risiko penglibatan belia dalam gejala sosial seperti lumba haram.
PBSB Sibu percaya bahawa kerjasama strategik antara agensi kerajaan akan terus memperkukuh agenda pembangunan belia yang holistik, sekali gus melahirkan generasi belia yang berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan Sarawak.
#JBSNKomited #JBSNBersama #PBSBSibu #TeamJBSN #JBSNSarawak #MalaysiaMadani #TeamKBS
