- JBS Sarawak
- Hits: 24
Agenda Belia Luar Bandar Diperkukuh Melalui Kerjasama Strategik Di Selangau
- JBS Sarawak
- Hits: 24
Disediakan oleh : MNI, PBSB Sibu
SELANGAU, 4 JULAI 2026 – Komitmen memperkukuh agenda pembangunan belia dan sukan di kawasan luar bandar terus diperkasakan menerusi sesi perbincangan strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sibu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.59 Tamin, YB Ir. Christopher Gira Sambang, bagi meneroka peluang kerjasama dalam memperluaskan pelaksanaan program pembangunan belia dan sukan di Daerah Selangau.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Tuan Yalin Asan, Pegawai Daerah Selangau, bersama Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman.
Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan penubuhan Kelab Rakan Muda Selangau, Kelab Belia Daerah Selangau dan Kelab Sukan Daerah Selangau sebagai platform memperkasa penyertaan belia dalam aktiviti pembangunan sahsiah, kesukarelawanan, kepimpinan dan gaya hidup aktif.
Perbincangan turut memfokuskan kepada pemanfaatan pelbagai inisiatif yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, antaranya Dana Sukan Komuniti (DSK), Geran Padanan Sukan (GPS), Dana Rakan Muda serta Dana Sejati MADANI Pertubuhan Belia bagi memperluaskan penganjuran program yang memberi manfaat kepada belia dan komuniti setempat.
YB Ir. Christopher Gira Sambang menyatakan komitmen untuk terus menyokong usaha memperkasakan pembangunan belia dan sukan di kawasan luar bandar melalui kerjasama erat antara wakil rakyat, agensi kerajaan, pertubuhan belia dan komuniti setempat. Beliau turut menzahirkan harapan agar inisiatif yang dirancang dapat melahirkan lebih ramai belia yang aktif, berdaya saing dan berupaya menjadi pemimpin masa hadapan.
PBSB Sibu yakin jalinan kerjasama strategik ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekosistem belia dan sukan yang lebih inklusif, mampan dan berimpak tinggi selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI serta agenda pembangunan belia di Sarawak.
#JBSNKomited #JBSNBersama #PBSBSibu #JBSNSarawak #TeamJBSN #TeamKBS #MalaysiaMadani #RakanMuda
