- JBS Sarawak
- Hits: 20
PBSB Sibu Perkukuh Budaya Kesukarelawanan Melalui Jalinan Kerjasama Dengan Rumah Sri Kenangan Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: Nfk, PBSB Sibu
SIBU, 2 Julai 2026 - Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menghadiri jemputan ke Mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat Rumah Sri Kenangan (RSK) Sibu yang diadakan pada 2 Julai 2026 bertempat di Rumah Sri Kenangan Sibu bagi membincangkan pelbagai agenda berkaitan pengurusan, kebajikan serta perancangan aktiviti untuk kesejahteraan penghuni yang melibatkan golongan warga emas.
Antara perkara yang dibentangkan dalam mesyuarat termasuk laporan pengurusan kewangan, pelaporan pelaksanaan Program Senam Sihat Warga Emas yang melibatkan kerjasama dengan pihak pejabat yang telah berlangsung di Rumah Sri Kenangan Kuching pada 20 Jun 2026, di samping perbincangan mengenai cadangan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang lebih komprehensif pada masa hadapan bagi memperkasa kesejahteraan fizikal, mental dan sosial warga emas.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu terus komited memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam menyokong usaha memperkukuh kebajikan penghuni melalui penglibatan aktif dalam perancangan program, jalinan kerjasama antara agensi serta pelaksanaan inisiatif yang berteraskan gaya hidup sihat, kesukarelawanan dan kesejahteraan komuniti.
Penglibatan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu turut mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan dalam memperluas budaya kesukarelawanan serta menggalakkan penyertaan belia dalam aktiviti kemasyarakatan yang memberi impak positif kepada masyarakat, khususnya golongan warga emas.
#JBSNKomited #JBSNBersama #MalaysiaMadani #TeamJBSN #JBSNSarawak #TeamKBS #PBSBSibu
