Women In Sport Leadership Seminar

Women In Sport Leadership Seminar

Women In Sport Leadership Seminar Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak KUCHING, 3 Julai 2026 – Seramai tiga orang pegawai dari PBSB Kuching telah menyertai seminar Women In Sport Leadership pada 1 hingga 2 Julai 2026 bertempat di Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan. Seminar ini merupakan anjuran Majlis Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Perbadanan Sukan Sarawak dan UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan. Para peserta seramai 120 orang dari agensi Kerajaan, swasta, persatuan sukan serta jurulatih sukan. Wanita memainkan peranan yang semakin penting dalam landskap kepimpinan sukan, bukan sahaja sebagai atlet, malah sebagai pentadbir, jurulatih, pengadil, pengurus pasukan dan pembuat dasar. Penglibatan wanita dalam jawatan kepimpinan menyumbang kepada pembangunan ekosistem sukan yang lebih inklusif, progresif dan berdaya saing. Kesimpulannya, memperkasakan wanita dalam kepimpinan sukan bukan sahaja meningkatkan penyertaan wanita dalam sektor ini, malah memperkukuh pembangunan sukan negara secara menyeluruh. Dengan peluang yang adil dan sokongan yang berterusan, wanita mampu menjadi pemimpin yang berwibawa serta inspirasi kepada generasi akan datang. #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #IhsanMADANI #HarungiBersama #teampbsbkuching #MADANISihat #RakanAktif
Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search