Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Mukah Bil.2 Tahun 2026

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Mukah Bil.2 Tahun 2026

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak MUKAH, 2 JULAI 2026 – Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Mukah Bil.2 Tahun 2026 telah diadakan pada 2 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tuan Bujang Rahman Seli, Residen Bahagian Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah dihadiri Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Antara agenda mesyuarat ialah Perutusan Pengerusi, Taklimat Program oleh Urusetia Negeri dari Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak dan Laporan Jawatankuasa Kerja Program Sarawakku Sayang 2026 Peringkat Bahagian Mukah. Program Sarawakku Sayang 2026 Peringkat Bahagian Mukah akan dilaksanakan pada 28-30 Ogos 2026 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah.
Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-08-2026, 17:04:15

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search