Kunjungan Kerja Unit Audit Dalam KBS Ke Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong

Kunjungan Kerja Unit Audit Dalam KBS Ke Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Betong

Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak BETONG, 30 JUN 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kunjungan kerja oleh pasukan Unit Audit Dalam (UAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 22 hingga 26 Jun 2026. Pihak UAD, KBS telah melakukan pengauditan pengurusan kewangan yang bertujuan untuk memastikan setiap pengurusan kewangan serta aset kerajaan diuruskan dengan cekap, berhemat dan mematuhi undang-undang. Ia berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang bebas bagi menambah baik sistem kawalan dalaman, tadbir urus serta integriti pentadbiran. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong mengucapkan terima kasih kepada pasukan UAD, KBS yang diketuai oleh Encik Jimmy bin Tevan @ William Stephen atas khidmat nasihat, tunjuk ajar dan teguran membina yang telah diberikan. Pihak pejabat akan terus berusaha untuk melakukan penambahbaikan serta memastikan pematuhan prosedur dilakukan secara berterusan agar dapat meningkatkan kualiti kerja dan integriti. Sesi mesyuarat penutupan pengauditan pada hari terakhir telah disertai oleh Yang Berusaha Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #jbssarawak #pbsbetong
Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 30-06-2026, 17:38:09

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search