Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026

Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026

Disediakan oleh: Az, JBSN Sarawak KUCHING, 30 Jun 2026 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong turut menghantar wakil untuk menyertai Bengkel Pemimpin Baharu Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 iaitu Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang telah diadakan pada 18-20 Jun 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Tujuan bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan yang menyeluruh mengenai konsep, falsafah dan struktur ARPRM di samping untuk melatih peserta memahami peranan, tanggungjawab dan etika sebagai Pemimpin Bertauliah ARPRM di negeri Sarawak. Selain itu, Puan Nurul Karina binti Ismail dari SMK Pusa dan Encik Mohammad Rieza Fahmi bin Misrah dari MRSM Betong turut serta dalam bengkel berkenaan sebagai usaha memperkukuh peranan institusi pendidikan dalam membimbing serta menyokong penyertaan remaja dalam program ARPRM. Majlis penutupan bengkel telah disempurnakan oleh Puan Hafizah Dahlan, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Dalam ucapannya, beliau berharap bengkel tersebut dapat melahirkan lebih ramai pemimpin yang komited disamping memperkukuhkan usaha membimbing peserta ARPRM khususnya di Bahagian Betong. Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menjadi platform terbaik untuk melahirkan pemimpin yang mampu menyumbang kepada pembangunan belia yang berusia antara 14 hingga 24 tahun sekaligus membentuk generasi agar memiliki ciri kepimpinan, jati diri yang kukuh serta semangat kesukarelawanan yang tinggi. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani #jbssarawak #pbsbetong
Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 17:22:08

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search