Sesi Kunjungan Hormat Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Betong Kepada Residen Bahagian Betong

Sesi Kunjungan Hormat Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Betong Kepada Residen Bahagian Betong

Disediakan oleh: JAT, JBSN Sarawak BETONG, 30 Jun 2026 – Satu sesi kunjungan hormat Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong kepada YBhg. Datu Richard anak Michael Abunawas, Residen Bahagian Betong telah dilakukan pada 19 Jun 2026 bertempat di Pejabat Residen Bahagian Betong. Sesi kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan program yang akan dilaksanakan iaitu Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Bahagian Betong Tahun 2026 yang di jadualkan pada bulan Julai 2026 serta mendapatkan pandangan dan nasihat daripada beliau. Objektif pelaksanaan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) adalah untuk Membincangkan isu dan masalah yang hadapi dalam proses pembangunan belia pada semua peringkat, meneroka dimensi baru dalam agenda pembangunan belia selaras dengan senario perubahan semasa serta menzahirkan pelan tindakan bagi menangani sebarang isu pembangunan belia melalui proses perundingan dan saluran yang betul. Pada masa yang sama, Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe turut membentangkan kalender perancangan program dan aktiviti Belia, Sukan dan Rakan Muda Pejabat Belia Sukan Dan Bahagian Betong tahun 2026 kepada YBhg. Datu Residen. Beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada pejabat kerana terus bergerak aktif dalam melaksanakan program pembangunan belia dan komuniti di bahagian Betong.
Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 17:22:08

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search