- JBS Sarawak
- Hits: 25
Kelab Rakan Muda Sibu Komited Dalam Agenda Pemerkasaan Golongan Belia
- JBS Sarawak
- Hits: 25
Disediakan oleh : MNI, PBSB Sibu
Sibu, 25 Jun – Satu sesi perjumpaan dan simbolik penyerahan Sijil Pendaftaran Kelab Rakan Muda telah diadakan di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu sebagai usaha memperkukuh peranan pertubuhan belia dalam agenda pembangunan belia di peringkat komuniti.
Sijil pendaftaran telah disampaikan oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan binti Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, kepada Setiausaha Kelab Rakan Muda Sibu, Saudara Harkishan Singh Brar. Penyerahan ini menandakan komitmen kelab untuk bergerak secara lebih tersusun dalam melaksanakan aktiviti pembangunan belia selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan.
Dalam sesi tersebut, turut dibincangkan pelaksanaan program berteraskan 10 Gaya Hidup Rakan Muda, Seperti Rakan Digital, Rakan Prihatin, Rakan Muzik, Rakan Litar, Rakan Bumi, Rakan Ekspresi, Rakan Mahir, Rakan Aktif, Rakan Demokrasi, Rakan Niaga. Pendekatan ini bertujuan melahirkan belia yang berdaya saing, berkemahiran, berintegriti serta aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu berharap Kelab Rakan Muda Sibu akan terus menjadi rakan strategik dalam memperluas penyertaan belia melalui program yang inklusif, berimpak tinggi dan mampu membentuk generasi belia MADANI yang progresif, berdaya tahan serta bersemangat kesukarelawanan.
#PBSBSibu #JBSNKomited #MalaysiaMadani #TeamJBSN #TeamKBS #JBSNBersama #JBSNSarawak
