- JBS Sarawak
- Hits: 60
Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Sibu Menganggotai JK Pelaksana Sarawakku Sayang Bahagian Sibu 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 60
Disediakan oleh: MNI, PBSB Sibu
Sibu, 26 Jun 2026 – Puan Nur Fatheen Khairuzan binti Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, telah hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Program Sarawakku Sayang Bahagian Sibu Bil. 5/2026 di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Sibu sebagai wakil Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu bersama Encik Mohd Nadzrul Idzlan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
Program Sarawakku Sayang Bahagian Sibu 2026 akan berlangsung pada 10 hingga 12 Julai 2026 di Dataran Tun Tunku Haji Bujang, menghimpunkan pelbagai pengisian menarik termasuk sambutan ketibaan konvoi motosikal YAB Premier Sarawak, makan malam rakyat, majlis sambutan rasmi serta Konsert Rakyat.
Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak bagi menyemarakkan semangat cintakan negeri, memperkukuh perpaduan rakyat pelbagai kaum serta mendekatkan kepimpinan kerajaan dengan masyarakat melalui penglibatan komuniti dalam pelbagai aktiviti.
Penglibatan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dalam Jawatankuasa Pelaksana mencerminkan komitmen jabatan dalam membantu memastikan kelancaran penganjuran program di samping memperkasa penyertaan belia sebagai sukarelawan dan rakan strategik. Penganjuran ini dijangka memberi impak positif dalam memupuk semangat patriotisme, memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi serta meningkatkan penglibatan masyarakat ke arah pembangunan komuniti yang lebih inklusif dan sejahtera.
#JBSNKomited #JBSNBersama #PBSBSibu #TeamJBSN #RakanAktif #rakanmuda
