- JBS Sarawak
- Hits: 21
KRM Kanowit Penggerak Pembangunan Belia Dan Sukan Di Daerah Kanowit
- JBS Sarawak
- Hits: 21
Disediakan oleh: MNI, PBSB Sibu
Sibu, 26 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah menerima kunjungan daripada rombongan yang diketuai Saudari Nathaelia Emmadeus setiausaha Kelab Rakan Muda (KRM) Kanowit bagi mengadakan sesi perbincangan berhubung perancangan serta pelaksanaan beberapa program pembangunan belia dan sukan yang akan dilaksanakan di Daerah Kanowit dalam masa terdekat.
Pertemuan tersebut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam merangka program yang berimpak tinggi, khususnya bagi meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti kesukarelawanan, kepimpinan, pembangunan sahsiah dan gaya hidup sihat selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan.
Dalam sesi berkenaan, Puan Nur Fatheen Khairuzan binti Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, turut menyampaikan hasrat serta nasihat kepada barisan kepimpinan KRM Kanowit agar memberi keutamaan kepada aspek pengurusan dan pentadbiran kelab. Menurut beliau, tadbir urus organisasi yang baik merupakan asas penting dalam melahirkan pemimpin belia yang berintegriti, berdisiplin dan berkemahiran mengurus organisasi.
Beliau turut menegaskan bahawa pengalaman mengurus kelab mampu menjadi medan latihan terbaik untuk membentuk ahli dan jawatankuasa yang berkebolehan serta bersedia memikul tanggungjawab yang lebih besar, sama ada di alam pekerjaan, pertubuhan masyarakat mahupun organisasi di peringkat negeri dan kebangsaan. Diharapkan KRM Kanowit akan terus menjadi penggerak utama pembangunan belia dan sukan di daerah melalui penganjuran program yang inklusif, mampan dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.
#JBSNKomited #TeamJBSN #JBSNBersama #RakanAktif #RakanMuda #PBSBSibu
