Taklimat Sukarelawan Mobilisasi Rakan Muda Sempena Fiesta Rakan Muda @ Mukah Sarawak 2026

Taklimat Sukarelawan Mobilisasi Rakan Muda Sempena Fiesta Rakan Muda @ Mukah Sarawak 2026

Disediakan oleh : Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak MUKAH, 30 JUN 2026 – Sukarelawan Mobilisasi Rakan Muda telah digerakkan bersama semasa Program Fiesta Rakan Muda @Mukah Sarawak 2026 yang telah diadakan pada 27-28 Jun 2026 baru-baru ini di UiTM Kampus Mukah. Mereka telah ditugaskan untuk membantu para petugas di setiap lokasi aktiviti sepanjang program tersebut. Taklimat ringkas tugas-tugas sukarelawan mobilisasi telah disampaikan oleh Puan Noorlina Mirais, Pegawai Penyelaras Unit Rakan Muda dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat dan berharap mereka dapat melaksanakan tugas sukarelawan dengan sebaiknya seterusnya menjadi contoh kepada golongan belia yang lain.
Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 17:22:08

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search