Majlis Penangguhan Program Bakti Belia Madani Peringkat Sarawak 2026

Majlis Penangguhan Program Bakti Belia Madani Peringkat Sarawak 2026

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak MUKAH, 30 JUN 2026 – Majlis Penangguhan Program Bakti Belia Madani Peringkat Sarawak 2026 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine ADUN N.57 Tellian pada 21 Jun 2026 bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Tellian Laut, Mukah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Abdul Yakub Haji Arbi, ADUN N.58 Balingian. Pejabat Belia dan Sukan turut dijemput hadir ke majlis tersebut dan telah dihadiri Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Hadir sama mengiringi Yang Berhormat ialah Encik Ahmad Farhan Rosli, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Encik Iszuan Haroni, Setiausaha Eksekutif SABERKAS dan Puan Nolin Gendang dari Pejabat Daerah Mukah. Program Bakti Belia Madani Peringkat Sarawak telah dilaksanakan pada 19-21 Jun 2026 melibatkan 5 buah kampung iaitu Kampung Datuk, Kampung Penakub Hilir, Kampung Tellian Laut, Kampung Sungai Pegei dan Kampung Sungai Ragei. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sebagai pengisian program antaranya Randau Belia, Perarakan Niti Daun, Penanaman Pokok, SABERKAS Prihatin, Malam Kebudayaan, Belia Cergas, Kempen Perangi Aedes dan Pemeriksaan Kesihatan.
Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 17:22:08

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search