- JBS Sarawak
- Hits: 12
Dasan Rovers Dan Vendetta Wakil Miri Ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 12
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 15 JUN 2026 – Pasukan Dasan Rovers dan Vendetta akan mewakili Bahagian Miri ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2026 yang akan dilaksanakan di Kuching pada bulan Julai 2026.Dasan Rovers tampil johan selepas menewaskan pasukan Vendetta di perlawanan akhir Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Miri bagi acara futsal lelaki yang telah diadakan pada 13 Jun 2026 di Gelanggang Futsal Champion, Riam. Dasan Rovers membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 beserta medal, manakala naib johan pasukan Vendetta menerima RM300.00 tunai beserta medal.
Pasukan Dasan Rovers Z dan SS5 Team mendapat tempat ketiga bersama dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00 beserta medal. Hadiah telah disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan disaksikan oleh Encik Fadillah Ibrahim, Presiden Buceros Futsal Club selaku rakan kerjasama teknikal bagi kejohanan pada kali ini. Sebanyak 16 buah pasukan telah menyertai kejohanan tersebut. Pejabat Belia Dan Sukan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
