- JBS Sarawak
- Hits: 11
12 Pasukan Bola Tampar Lelaki Berentap Di Liga Sukan Komuniti Bahagian Miri 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 11
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 15 JUN 2026 – Sebanyak 12 buah pasukan bola tampar lelaki telah berentap di Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Miri 2026 di SMK Riam Road pada 13 Jun 2026.
Pasukan LKVT telah dinobatkan sebagai johan acara bola tampar Liga Sukan Komunti Peringkat Bahagian Miri 2026 dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 beserta medal manakala naib johan pasukan RRSS menerima RM300.00 tunai beserta medal.
Tempat ketiga bersama milik pasukan APEX VB dan MYZ masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM200.00 beserta medal.
Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri. Turut hadir ialah Encik Alan Ling Sie Kong, Presiden Persatuan Bola Tampar Bahagian Miri selaku rakan kerjsama teknikal. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dengan kerjasama Persatuan Bola Tampar Bahagian Miri ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan sepak takraw serta mencungkil bakat baru selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan. Pejabat Belia Dan Sukan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
