- JBS Sarawak
- Hits: 6
Joegers Johan Acara Bola Jaring Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Miri 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 6
Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak
MIRI, 15 JUN 2026 – Joegers tampil johan selepas menewaskan pasukan Eagle di perlawanan akhir bagi acara bola jaring Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Miri yang telah diadakan pada 13 Jun 2026 di Kelab Rekreasi Petroliam, Miri. Joegers membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500.00 beserta medal, manakala naib johan pasukan Eagle menerima RM300.00 tunai beserta medal. Pasukan Tigoss dan Gingers mendapat tempat ketiga bersama dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200.00 beserta medal.
Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh Puan Stephanie Wendy Stamford mewakili Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri dan disaksikan oleh Puan Lily Teo, Setiausaha Kelab Bola Jaring Subis selaku rakan kerjasama dan jawatankuasa teknikal acara bola jaring bagi kejohanan pada kali ini. Sebanyak 14 buah pasukan telah menyertai kejohanan tersebut. Pejabat Belia Dan Sukan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
