Sepakat Membawa Berkat

Sepakat Membawa Berkat

Sepakat Membawa Berkat
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak

KUCHING, 26 Jun 2026 – Pada 19 Jun 2026 yang lepas, Puan Jesica Sylvester Embuas, Komandan Akademi Latihan Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Sarawak bersama-sama pegawai beliau Encik Eddy Zulkifli Abdullah dan Puan Patricia hadir ke PBSB Kuching bagi membincangkan kerjasama melaksanakan Sarawak Academy Fire Trail Run (SAFT Run) 2026 pada 18 Oktober 2026 nanti.

Taklimat ringkas telah dibentangkan oleh beliau kepada Cik Margaret Sawing tentang pelaksanaan trail run ini nanti. Dua laluan diperkenalkan iaitu 15 km Trail Run dan 5 km Fun Run.  Pelaksanaan SAFT Run bertujuan untuk memperkasakan gaya hidup sihat, semangat berpasukan serta memperkenalkan keindahan alam semulajadi sekitar ABPM Wilayah Sarawak, Bau. Semoga budaya kerjasama di antara PBSB Kuching dan ABPM Wilayah dapat diteruskan pada masa akan datang. Semangat muafakat dan saling melengkapi, segala cabaran dapat di atasi serta matlamat yang disasarkan dapat dicapai dengan lebih cemerlang.

#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#MADANISihat
#RakanAktif
#ABPMWilayahSarawak

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search