- JBS Sarawak
- Hits: 13
Pameran Rakan Muda Tarik Perhatian Pelajar Di SMK St. Columba
- JBS Sarawak
- Hits: 13
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 26 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Miri telah menyertai Pameran Pendidikan dan Kerjaya yang berlangsung di Dewan SMK St. Columba pada 25 Jun 2026, susulan jemputan daripada pihak sekolah bagi memeriahkan program berkenaan.
Pameran yang dianjurkan bertujuan meningkatkan motivasi murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik serta memberi pendedahan mengenai peluang pendidikan, kerjaya dan hala tuju selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sepanjang pameran berlangsung, PBSB Miri telah memperkenalkan pelbagai inisiatif di bawah Program Pembangunan Rakan Muda. Sambutan yang diterima daripada para pelajar amat menggalakkan apabila ramai menunjukkan minat untuk mendapatkan maklumat lanjut serta menyertai program-program yang ditawarkan.
PBSB Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak SMK St. Columba atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan. Diharapkan jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan menerusi pelbagai program pembangunan belia pada masa hadapan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
