Program Inspire i-Talent Bahagian Mukah 2026

Program Inspire i-Talent Bahagian Mukah 2026

Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 22 JUN 2026 – Program Inspire i-Talent Bahagian Mukah 2026 telah dilaksanakan pada 22 Jun 2026 bertempat di Dewan Sukan Tertutup SSC Mukah. Antara objektif utama program adalah untuk mengenal pasti bakat asas keupayaan sukan bagi golongan OKU. Selain itu, program ini bertujuan menggalakkan penglibatan golongan OKU dalam aktiviti sukan di samping mengenal pasti bakat baharu untuk diketengahkan sebagai pelapis atlet para negeri dan negara.

Beberapa segmen ujian telah dilaksanakan terhadap peserta yang telah menyertai program bagi mengenal pasti kemampuan serta kesesuaian sukan yang boleh disertai oleh mereka. Sebanyak 38 orang peserta telah menyertai program dengan melibatkan pelajar SMK Mukah, SMK Oya, SMK Dalat, SMK Matu, SK Bawang, Tian Matu, PPDK Cahaya Qaseh Mukah, PPDK Dalat, PPDK Al-Syafie dan PPDK Pulau Bruit, Daro. Yang Berhormat Tuan Royston Valentine ADUN N.57 Tellian turut menyantuni peserta, guru-guru, penyelia, petugas, para jurulatih, para pegawai JKM serta para pegawai penguji yang terlibat. 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search