Pusak United Junior Mengungguli Kejohanan Futsal Lelaki U16 Terbuka Betong 2026

Pusak United Junior Mengungguli Kejohanan Futsal Lelaki U16 Terbuka Betong 2026

Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak 

BETONG, 22 JUN 2026 – Kejohanan Futsal Lelaki U16 Terbuka Betong 2026 telah mendapat sambutan hangat daripada peminat sukan futsal. Sebanyak 19 pasukan mewakili Betong, Saratok, Sri Aman, Samarahan dan Kuching hadir menyertai kejohanan tersebut yang telah diadakan pada 20 Jun 2026 bertempat di Riveria Sports Centre, Debak.

Aksi perlawanan akhir telah berlangsung pada jam 4.00 petang dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak merangkap ADUN N.35 Saribas, Cik Nurulzamzam binti Hj Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, Encik Mohammad Khairurani bin Mohammad Ibrahim, Penolong Penguasa Tadbir Daerah Kecil Debak, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Kecil Debak serta komuniti setempat. 

Pusak United Junior telah menunjukkan aksi yang cemerlang apabila menjuarai kejohanan tersebut. Mana kala Evolution FT telah dianugerahkan sebagai naib johan dan GenZ Debak serta Debak Frenz telah mendapat tempat ketiga bersama. 

Syabas kepada Kelab Sukan Rekreasi Laserlight Debak atas kejayaan penganjuran kejohanan pada kali ini dan tahniah kepada semua pasukan yang telah menyertai kejohanan. Semoga ianya dapat menjadi pemangkin untuk meneruskan usaha meningkat kualiti permainan dan mencapai kejayaan berterusan di masa akan datang.

Pelaksanaan kejohanan telah disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK). Untuk keterangan lanjut mengenai DSK, sila klik https://www.kbs.gov.my/dsk .

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#jbssarawak

#pbsbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search