Semakan Dokumen Untuk Meningkatkan Kawalan Dalaman

Semakan Dokumen Untuk Meningkatkan Kawalan Dalaman

Disediakan oleh : NZS, JBSN Sarawak 

BETONG, 19 JUN 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong telah menerima kunjungan kerja oleh Encik Eric Zakaria Ho bin Abdul Hamid dari Cawangan Kewangan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada 15-16 Jun 2026.

Beliau telah hadir untuk melaksanakan semakan silang dokumen kewangan pejabat bagi memastikan urusan kewangan yang dilakukan tepat, teratur, mematuhi peraturan semasa dan dokumen dalam simpanan adalah lengkap.

Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong mengucapkan terima kasih kepada Encik Eric Zakaria Ho bin Abdul Hamid atas khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Pihak pejabat akan terus berusaha untuk melakukan penambahbaikan bagi memastikan sentiasa mematuhi prosedur kewangan yang telah ditetapkan sekaligus meningkatkan kualiti kerja.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

#jbssarawak

#pbsbetong

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 17-08-2026, 17:22:08

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search