- JBS Sarawak
- Hits: 38
Haqi Bangsawan X Juara Futsal Sempena Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Bahagian Betong
- JBS Sarawak
- Hits: 38
Disediakan oleh : Az, JBSNS
BETONG , 19 Jun 2026 – Pertandingan Futsal Sempena LSK Peringkat Bahagian Betong yang berlangsung di Gelanggang Futsal Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS) pada 13 Jun 2026 telah berjaya dianjurkan dengan kerjasama Hermanos Football Club. Kejohanan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dan berlangsung dalam suasana meriah.
Pasukan Haqi Bangsawan X muncul sebagai juara kejohanan selepas menampilkan persembahan yang cemerlang dan konsisten. Tuah Legacy berjaya meraih gelaran naib juara, manakala Panthera dan Jaralatok FC berkongsi kedudukan tempat ketiga bersama.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Cik Nurulzamzam binti Haji Shafie'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
