Pertandingan Bola Tampar Sempena LSK 2026 Peringkat Bahagian Betong

Pertandingan Bola Tampar Sempena LSK 2026 Peringkat Bahagian Betong

Disediakan oleh : Az, JBSNS

BETONG, 19 Jun 2026 – Pertandingan Bola Tampar sempena LSK 2026 Peringkat Bahagian Betong telah berlangsung dengan jayanya pada 13 hingga 14 Jun 2026 bertempat di Gelanggang Bola Tampar Arena Saratok. Kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama Unity Volleyball Club.

Selepas saingan sengit sepanjang dua hari pertandingan, pasukan Seroja muncul sebagai juara kejohanan, manakala pasukan Infinity meraih gelaran naib juara. Tempat ketiga bersama pula menjadi milik IPD Saratok dan pasukan Unity VC.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Cik Nurulzamzam bt Hj.Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong , yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding atas komitmen serta semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan berlangsung.

Sebagai wakil Bahagian Betong, pasukan Seroja dan Infinity akan membawa cabaran ke Pertandingan Bola Tampar Peringkat Negeri Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai 2026.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani 

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search