Queen Bees Johan Pertandingan Bola Jaring Sempena Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Bahagian Betong

Queen Bees Johan Pertandingan Bola Jaring Sempena Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Bahagian Betong

Disediakan oleh: Az, JBSNS

BETONG, 19 Jun 2026 – Pasukan Queen Bees muncul juara Pertandingan Bola Jaring sempena Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Bahagian Betong yang telah berlangsung pada 13 Jun 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (BM) Saratok.

Kejohanan yang dianjurkan dengan kerjasama Mixter Netball Club itu berjaya menghimpunkan pasukan-pasukan bola jaring tempatan dalam suasana penuh semangat kesukanan sekali gus menjadi platform untuk mengeratkan hubungan komuniti serta mencungkil bakat baharu dalam sukan bola jaring.

Dalam pertandingan yang berlangsung sengit sepanjang kejohanan, pasukan Queen Bees berjaya menampilkan aksi cemerlang untuk merangkul gelaran juara. Pasukan SEMEKAR pula muncul naib juara selepas memberikan saingan yang hebat di peringkat akhir. Sementara itu, pasukan Mixter Netball Club dan Miracle berkongsi kedudukan tempat ketiga bersama selepas menunjukkan prestasi yang membanggakan sepanjang kejohanan. 

Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Cik Nurulzamzam bt Hj. Shafi’ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong dalam majlis penyampaian hadiah yang diadakan sejurus tamat pertandingan. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pasukan, urus setia dan pihak penganjur atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan kejohanan tersebut.

Kejohanan ini diharapkan dapat terus menjadi medium pembangunan sukan komuniti serta melahirkan lebih ramai atlet bola jaring yang berpotensi untuk mewakili bahagian dan negeri pada masa hadapan.

#TeamKBS

#TeamJBSN

#JBSNKomited

#MalaysiaMadani

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 26-06-2026, 15:49:42

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search