- JBS Sarawak
- Hits: 19
Persiapan Tempat Pertandingan Bola Jaring Sempena Liga Sukan Komuniti (Lsk) 2026 Peringkat Bahagian Betong
- JBS Sarawak
- Hits: 19
Disediakan oleh : Az, JBSNS
BETONG, 12 Jun 2026 – MIXTER Netball Club telah membuat persiapan tempat Pertandingan Bola Jaring sempena Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Bahagian Betong yang akan berlangsung pada 13 Jun 2026.
Persiapan yang dijalankan di kawasan gelanggang bola jaring SMK BM Saratok melibatkan kerja-kerja pembersihan, penyusunan peralatan pertandingan, pemasangan banner serta penyediaan kemudahan bagi memastikan kelancaran program.
Penganjuran kejohanan ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan komuniti, mencungkil bakat baharu dalam sukan bola jaring serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#pbsbetong
#JBSNSarawak
