- JBS Sarawak
- Hits: 33
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) BERSAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) MERADONG
- JBS Sarawak
- Hits: 33
Disediakan Oleh : ZLP, JBSN Sarawak
Meradong, 18 Jun 2026 – Satu sesi perbincangan antara pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Meradong telah diadakan bagi memperkukuh kerjasama serta menyelaras pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) tersebut di sekolah-sekolah sekitar daerah Meradong.
Dalam sesi tersebut, En. Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah membentangkan konsep, objektif serta kaedah pelaksanaan program yang merangkumi empat komponen utama iaitu khidmat masyarakat, pembangunan kemahiran, aktiviti rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak. Program ini dilihat mampu membantu melahirkan remaja yang berdaya saing, berdisiplin serta mempunyai jati diri yang tinggi.
En. Mahathir Bin Mahdini, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Meradong Sektor Pembangunan Murid bersama En. Rashid Bin Hassan menyambut baik pelaksanaan program tersebut dan menyatakan komitmen untuk memberikan sokongan dalam usaha memperkenalkan ARPRM kepada sekolah-sekolah di bawah pentadbiran Pejabat pendidikan Daerah Meradong. Kerjasama ini dijangka dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi diri melalui penglibatan aktif dalam aktiviti luar murid yang berstruktur.
Turut dibincangkan ialah prosedur dan cadangan pemilihan sekolah peserta, kaedah pemantauan pelaksanaan program, penyediaan fasilitator serta mekanisme pelaporan bagi memastikan setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Melalui perbincangan ini, kedua-dua pihak berharap Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan memberi impak positif kepada pembangunan modal insan dalam kalangan remaja di daerah Meradong.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#Teampbs6d
