- JBS Sarawak
- Hits: 8
PBSB Sibu Terima Kunjungan Hormat Telekom Malaysia Cawangan Sibu Jelang LSK 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 8
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 11 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada rombongan Telekom Malaysia (TM) Cawangan Sibu bertempat di pejabat PBSB Sibu, hari ini.
Kunjungan yang diketuai oleh Cik Etyna ini bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik demi menyemarakkan lagi penganjuran Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 tidak lama lagi.
Pihak TM Sibu menyatakan hasrat murni mereka untuk terlibat secara langsung bagi memeriahkan suasana pertandingan. Fokus utama kolaborasi ini tertumpu kepada kategori Futsal Lelaki. Gabungan tenaga ini dijangka bakal memberikan pengalaman perlawanan yang lebih bertenaga buat para pemain dan penyokong tempatan.
PBSB Sibu menyambut baik kesediaan TM Sibu dalam menyokong agenda pembangunan sukan komuniti. Hubungan dua hala antara agensi kerajaan dan pihak korporat amat penting untuk melahirkan belia yang aktif. Langkah ini juga dapat membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Sibu.
Terima kasih TM Sibu atas sokongan padu ini! Jumpa anda di LSK 2026!
#JBSNKomited #JBSNBersama #PBSBSibu #TeamJBSN #MalaysiaMadani #JBSNSarawak #TeamKBS
