- JBS Sarawak
- Hits: 12
Perbincangan Penyelarasan Program Unity Walk Sempena Hari Sarawak 2026
- JBS Sarawak
- Hits: 12
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 11 Jun 2026 – Satu perbincangan penyelarasan bagi memperincikan penganjuran Program Unity Walk sempena Sambutan Hari Sarawak 2026 telah berlangsung dengan jayanya secara dalam talian melalui aplikasi Zoom hari ini.
Mesyuarat yang bersiaran dari Pejabat Residen Bahagian Sibu ini melibatkan kolaborasi strategik antara Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MySED) yang akan mengetuai penganjuran ini serta Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu (PBSB Sibu) selaku rakan kerjasama.
Program Unity Walk ini dijadualkan berlangsung pada 22 Julai 2026 bertempat di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa 2, Sibu. Penganjuran program bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Sibu di samping memupuk gaya hidup sihat sempena hari bersejarah bumi Kenyalang.
Ayuh warga Sibu, tetapkan tarikh ini dalam kalendar anda! Maklumat lanjut mengenai pendaftaran dan pengisian program akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
#JBSNKomited #PBSBSibu #JBSNBersama #MalaysiaMadani #TeamJBSN #TeamKBS #JBSNSarawak
