- JBS Sarawak
- Hits: 5
Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Sibu 2026 Berlangsung Dengan Jayanya
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 10 JUN 2026 - Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya hari ini dengan penglibatan seramai 30 orang peserta Orang Kurang Upaya (OKU) yang bersemangat tinggi.
Program dimulakan dengan majlis ucapan aluan yang disampaikan oleh Encik Dennis Anak Dempi, Pegawai Unit Penggalakan dan Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) Sarawak. Sejurus selepas itu, para peserta diberikan taklimat ringkas berkenaan ujian fizikal oleh Encik Rawing Anak Uking, selaku Ketua Penguji untuk program kali ini.
Selepas tamat sesi ujian fizikal, program diteruskan lagi dengan sesi perkongsian yang cukup bermanfaat. Sesi pertama telah dikendalikan oleh Puan Hii King Hung, Pegawai Penguasa Majlis Sukan Negeri Bahagian Sibu, yang berkongsi mengenai peluang-peluang kerjaya dan laluan pembangunan atlet para di peringkat negeri. Manakala sesi kedua pula menampilkan Encik Hon Seng daripada Persatuan Boccia Negeri Sarawak, yang memberi pendedahan khusus mengenai sukan Boccia serta potensi sukan tersebut untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Pihak PBSB Sibu merakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu, serta Kementerian Pembangunan Wanita atas kerjasama padu dan komitmen luar biasa dalam menjayakan program murni ini.
Semoga program ini menjadi platform terbaik dalam mencungkil bakat dan potensi sukan terpendam dalam kalangan komuniti OKU di Sibu!
#JBSNKomited #JBSNBersama #MalaysiaMadani #TeamJBSN #TeamKBS #PBSBSibu
