- JBS Sarawak
- Hits: 5
Kunjungan Hormat Rejang Slingshot Club (RSC) Ke PBSB Sibu
- JBS Sarawak
- Hits: 5
Disediakan oleh : TT, PBSB Sibu
SIBU, 9 Jun 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian (PBSB) Sibu telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Rejang Slingshot Club (RSC) bertempat di Pejabat PBSB Sibu, semalam.
Kedatangan rombongan RSC yang diketuai oleh Encik Muhammed Daud Bin Anua'ar, Penolong Setiausaha Rejang Slingshot Club telah disambut baik oleh Puan Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu.
Kunjungan ini bertujuan untuk menyatakan sokongan padu daripada pihak RSC terhadap penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Bahagian Sibu Tahun 2026 yang akan datang. Perbincangan dua hala ini juga membuka ruang kerjasama dalam memartabatkan sukan tradisional dan aktiviti belia di daerah Sibu.
Terima kasih diucapkan kepada Rejang Slingshot Club atas sokongan dan komitmen yang diberikan. Semoga kerjasama ini dapat menyemarakkan lagi pembudayaan sukan dalam kalangan komuniti Sibu!
Bersama kita jayakan Hari Sukan Negara 2026!
#JBSNKomited #TeamJBSN #MalaysiaMadani #TeamKBS #JBSNBersama #PBSBSibu
