- JBS Sarawak
- Hits: 20
SESI PERBINCANGAN DANA SUKAN KOMUNITI (DSK) BERSAMA KELAB BADMINTON BAHAGIAN KAPIT
- JBS Sarawak
- Hits: 20
Disediakan oleh: MCG, PBSB Kapit
KAPIT, 12 JUN 2026 – Satu sesi perbincangan berkaitan Dana Sukan Komuniti (DSK) telah diadakan antara pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan wakil Kelab Badminton Bahagia bagi membincangkan cadangan penganjuran pertandingan badminton yang dijadualkan berlangsung di Bahagian Kapit pada bulan Oktober 2026.
Sesi perbincangan tersebut bertujuan memberikan penerangan mengenai syarat, prosedur permohonan serta pelaksanaan Dana Sukan Komuniti (DSK) bagi menyokong penganjuran program sukan yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Selain itu, perbincangan turut menyentuh aspek perancangan program, pengurusan pertandingan, penyertaan komuniti serta usaha memperkasakan pembangunan sukan badminton di Bahagian Kapit.
Hadir mewakili Kelab Badminton Bahagia ialah Presiden, Encik Ling Ning Feng, Timbalan Presiden, Dr. John Hii Lu Ming, dan Setiausaha, Encik Teng Hui Lung. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen kelab dalam memastikan penganjuran pertandingan badminton yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur dan berjaya.
Melalui sesi ini, diharapkan kerjasama erat antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan Kelab Badminton Bahagia dapat membantu merealisasikan penganjuran pertandingan badminton yang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah mengeratkan hubungan dalam kalangan komuniti setempat serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan badminton. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit sentiasa komited untuk menyokong inisiatif pembangunan sukan komuniti melalui pelbagai program dan bantuan yang disediakan demi memajukan sektor sukan di bahagian ini.
#JBSNKomited
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#TeamJBSN
#TeamKBS
#PBSBKAPIT
